baca surah ini 41 kali selepas azan subuh kemudian berdoa sebelum solatnya selama 3 hari berturut2 mudah2an dimakbulkanNYA...

Thursday, November 25, 2010

Ajmal, 016-3447527

Mualaf bingung bakal isteri hilang sejak Khamis lalu


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang baru memeluk Islam enam bulan lalu kebingungan apabila bakal isterinya, Hathijabanu Rahamatulla, 22, seorang warganegara India hilang tanpa khabar sejak 18 November (Khamis) lalu.

Ajmal Suppiah, 47, berkata, bakal isterinya itu dipercayai keluar dari rumah kawannya tanpa memaklumkan pemergiannya kepada sesiapa.


Menurutnya, dia menyedari wanita itu hilang selepas menelefon kawannya dan bertanyakan mengenai Hatijabanu yang tidak menjawab panggilan telefonnya.

“Saya tumpangkan bakal isteri saya di rumah kawan saya di Bandar Baru Sentul pada 16 November lalu iaitu sehari sebelum Aidiladha dan bercadang menghantarnya pulang ke India untuk urusan perkahwinan kami di sana yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.


“Tetapi saya hairan dan keliru kenapa dia tiba-tiba hilang pada hari raya ketiga walhal kami sudah berjanji untuk menonton wayang,” katanya yang bekerja sebagai pemandu teksi.


Panik dengan kehilangannya, beliau melaporkan kejadian itu di Balai Polis Pudu pada hari sama kehilangannya dan turut merujuk kes itu ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Ajmal berkata, dia sudah berusaha mencari Hathijabanu di merata tempat tetapi semua usahanya gagal.


“Saya risaukan keselamatan dirinya kerana dia tidak ada ramai kawan di sini malah tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya yang ditemui di Balai Berita, di sini.

“Saya juga khuatir jika ada individu atau pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya,” Ajmal turut meminta Hathijabanu pulang segera kerana keluarganya di Thanjavur, Tamilnadu, India, bimbangkan keselamatannya di negara ini selepas diberitahu mengenai kehilangannya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hathijabanu diminta menghubungi Sarjan Ragu di talian 016-9077736 atau Ajmal, 016-3447527.

No comments:

Post a Comment