baca surah ini 41 kali selepas azan subuh kemudian berdoa sebelum solatnya selama 3 hari berturut2 mudah2an dimakbulkanNYA...

Thursday, June 9, 2011

Roslina Awang Kechik, 37 dataran maybank...

‘Kenapa dah lama mama tak balik’
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

2011/06/10

ROSLINA hilang sejak 22 April lalu.
ROSLINA hilang sejak 22 April lalu.
Askar sayu pujuk anak selepas isteri hilang 2 bulan

KUALA LUMPUR: “Pelbagai ikhtiar sudah saya lakukan termasuk berjumpa bomoh untuk mencari isteri saya,” luah Sabri Man, 38, suami kepada pegawai bank, Roslina Awang Kechik, 37, yang hilang dipercayai diculik hampir dua bulan lalu.

Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau dengan bantuan polis dan penduduk di Jerantut turut membuat operasi mengesan Roslina baru-baru ini tetapi menemui jalan buntu.
“Sebaik mendapat maklumat daripada syarikat telekomunikasi Maxis bahawa isteri saya berada di Jerantut berdasarkan rekod panggilan terakhir yang dibuat, saya bergegas mendapatkan bantuan polis untuk mencarinya.
“Saya sudah buntu apa lagi usaha yang perlu dibuat untuk mendapatkan semula isteri saya.

“Ketika berjumpa bomoh baru-baru ini, saya dimaklumkan Roslina berada di kawasan Seremban,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Roslina dilaporkan hilang sejak 22 April lalu selepas keluar rumah menuju ke pejabatnya di Dataran Maybank, Bangsar.

Mangsa dikatakan keluar ke tempat kerja menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) jam 7.30 pagi selepas menghantar anak ke sekolah.
Beberapa minggu kehilangan Roslina, suaminya menerima SMS daripada telefon bimbit isterinya yang meminta supaya tidak mengganggu hidupnya dan tidak mencarinya.

Sabri yang bertugas sebagai anggota tentera berkata, beliau tidak berputus asa untuk mendapatkan semula isterinya demi kebahagiaan anak-anaknya.

“Saya kini berusaha mengesan lokasi kedudukannya dan akan membuat operasi kali kedua kerana percaya Roslina masih berada dalam negara.

“Sayu hati saya apabila melihat keadaan anak-anak yang sentiasa memanggil ibunya dan sering bertanya mengapa mama belum balik? Menyebabkan pelbagai alasan dan helah saya gunakan untuk menenangkan mereka.

“Bagaimanapun, saya perlu kuat di depan anak-anak walaupun dalam hati menangis kerana anak-anak hanya bergantung sepenuhnya kepada saya sekarang,” katanya.

Tuesday, March 29, 2011

019-9896196

Ibu sakit rindu anak menghilang 13 tahun lalu



KOTA BHARU: “Siti, pulanglah segera dik. Ibu sedang menderita kerana terlalu rindukan kamu.” Begitulah rayuan seorang abang kepada adik bongsunya, Siti Norbahyah Harun, 28 (gambar) yang menghilangkan diri dari rumahnya di Kampung Puteh, Telipot, dekat sini, kira-kira 13 tahun lalu.

Rozali Harun, 43, berkata, mereka mengharapkan kepulangan adik bongsunya itu, selain menjenguk ibunya, Mek Wok Mohamed, 69, yang kini menghidap penyakit lelah kronik.


Rozali berkata, ibunya kerap menerima rawatan di hospital.


“Kami semua tidak tahu di mana dia berada dan kali terakhir dapat berhubung kira-kira 10 tahun lalu selepas dapat bercakap melalui telefon.


“Ketika itu dia menyatakan dirinya dalam keadaan selamat dan berada di Seremban, selain bekerja kilang tanpa memberitahu alamat tepat,” katanya.


Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat di mana Siti Norbahyah berada diminta hubungi Rozali di talian 019-9896196 atau kakaknya, Siti Hawa di talian 017-6813281.

Tuesday, March 15, 2011

012-9275960 atau 012-3147334.

Sukar lelap teringat anak ‘ghaib’


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Saya tidak boleh melelapkan mata kerana teringatkan anak bongsu saya,” kata ibu tunggal, Jummilah Ramly.

Jummilah, 51, dari Banting, Selangor, berkata dia risaukan keadaan anak bongsunya, Athirah Baharom, 15, yang keluar dari rumah sejak 15 Februari lalu tanpa perselisihan faham.


Menurutnya, gadis berkenaan yang masih belajar di tingkatan tiga itu seorang yang pendiam, tetapi percaya dia keluar dari rumah pada hari kejadian akibat pengaruh rakannya yang suka gaya hidup mewah.

Katanya, tahun lalu, Athirah pernah keluar rumah tanpa pengetahuannya, tetapi pulang sehari kemudian, bagaimanapun sehingga ke hari ini, dia tidak dapat dikesan.


“Saya berharap Athirah akan pulang segera, ibu dan adik-beradik lain merinduinya,” katanya, di sini.


Jummilah berkata, pada hari kejadian, Athirah bersama kakak sulungnya berada di rumah dan dia tidak menunjukkan reaksi pelik.

Bagaimanapun, katanya, selepas kakaknya keluar membeli barang dan pulang dua jam kemudian, dia tidak berada di rumah dan apabila menghubungi rakannya, masing-masing memberitahu tidak mengetahui mengenainya.


Jummilah berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Banting pada 22 Februari lalu dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Athirah diminta menghubunginya di talian 012-9275960 atau 012-3147334.

Friday, January 14, 2011

ez pr...

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Thursday, January 6, 2011

Wednesday, January 5, 2011

012-5843783 atau 019-5748618

Pergi sekolah tak pulang

BAGAN SERAI: “Pada hari dia hilang, saya dan suami, Abu Bakar Mustafa, 44, merancang membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan kerana dia menghidap penyakit sesak nafas,” kata Norhayati Mokhtar, 43, ibu kepada Intan Liana Abu Bakar, 15, yang menghilangkan diri selepas keluar rumah untuk ke sekolah Isnin lalu.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al Baqir, Sungai Gedung, Semanggol itu, dipercayai hilang pada hari pertama sesi persekolahan bermula baru-baru ini dan gagal ditemui hingga kini.


Norhayati berkata, Intan Liana yang lebih mesra dengan panggilan Yana anak bongsu daripada tiga beradik dan ketika kehilangannya, anaknya hanya berkemeja-T dan seluar trek.


“Sebelum keluar rumah pada pagi berkenaan, saya sempat berpesan kepadanya supaya pulang awal kerana mahu membawanya berjumpa doktor.


“Namun, sehingga jam 6 petang, dia tidak pulang sebelum saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripadanya iaitu, “Mak jangan sedih, Yana di rumah kawan perempuan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Parit Haji Taib 3, di sini semalam.


Norhayati berkata, dia cuba menghubungi telefon bimbit anaknya itu tetapi tiada jawapan.



Sementara itu, Abu Bakar berkata, dia dan isteri ke sekolah pada hari kejadian, namun pihak sekolah memaklumkan Yana tidak datang ke sekolah pada hari itu.


Berikutan itu, katanya, mereka sekeluarga bimbang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bagan Serai.


“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai anak saya diminta menghubungi talian 012-5843783 atau 019-5748618 atau berhubung dengan balai polis berdekatan,” katanya.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan remaja berkenaan dan sehingga kini tiada maklumat terkini diperoleh mengenai remaja terbabit.