baca surah ini 41 kali selepas azan subuh kemudian berdoa sebelum solatnya selama 3 hari berturut2 mudah2an dimakbulkanNYA...

Saturday, November 13, 2010

013-2919123

Syak jumpa kawan FB
Oleh YUSMIZAL DOLAH ALING
yusmizal@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Mak, Kimah minta maaf. Kimah nak keluar rumah sekejap je untuk cari ketenangan,” begitulah kandungan nota yang ditinggalkan seorang remaja perempuan yang tidak pulang ke rumah sejak seminggu lalu.

Lebih memilukan, Wan Nur Hakimah Wan Manah, 13, menghilangkan diri ketika umat Islam sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Korban beberapa hari lagi.


Menurut ibunya, Nor Hazita Shaari, 44, beliau terlalu merindui anaknya dan berharap dia dapat kembali ke pangkuan keluarga menjelang Aidiladha ini.

Katanya, dia tidak mengetahui punca anaknya berbuat demikian kerana hubungan mereka baik dan tiada perselisihan berlaku antara mereka.


“Kalau ada pun, saya hanya marahkan dia sebagai ibu, itu saja. Mungkin sebab itu dia rasa tersinggung dan merajuk lalu tidak mahu pulang ke rumah.


“Ahli keluarga kami pun tidak pernah menegurnya dengan kata-kata yang membuatkan dia berkecil hati kerana kami semua sayangkannya,” katanya.

Nor Hazita berkata, dalam kejadian berkenaan, anak perempuan kesayangannya ditinggalkan bersama abang dan adiknya di rumah mereka di Flat Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, manakala dia dan suami tiada kerana mempunyai urusan.


Lebih memilukan, sejak kehilangan anaknya, penyakit batuk kering dihadapinya semakin teruk dan dia tidak lalu makan kerana terlalu bimbangkan keselamatan Wan Nur Hakimah.

“Saya terpaksa mengambil cuti sebulan kerana penyakit itu dan pada hari kejadian, saya dan suami ke rumah kakak saya untuk mencuba perubatan secara tradisional.


“Dia ada mengenali dua rakan baru menerusi laman sosial Facebook, dan saya mengesyaki kemungkinan dia bertemu rakan barunya.


“Pelbagai ikhtiar sudah dilakukan saya sekeluarga, termasuk menggunakan khidmat dukun, untuk mengesannya tetapi setakat ini tidak membuahkan hasil,” katanya.


Bimbang sesuatu berlaku kepada anaknya, Nor Hazita membuat laporan polis di Ibu Pejabat polis Daerah Sentul pada hari kejadian dan masih menanti perkembangan anaknya sehingga kini.


Orang ramai yang ada maklumat atau tahu di mana anaknya berada boleh menghubunginya di talian 013-2919123 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment