baca surah ini 41 kali selepas azan subuh kemudian berdoa sebelum solatnya selama 3 hari berturut2 mudah2an dimakbulkanNYA...

Wednesday, December 8, 2010

016-3155002

Saya dah maafkan

GOMBAK: “Saya sudah maafkan perbuatannya. Cuma saya minta pulangkan semula anak-anak kami kerana sangat merindui mereka,” kata Ashari Abdullah, 50, bapa mangsa dua kanak-kanak yang dipercayai dilarikan ibu saudara mereka, 26 November lalu.

Dua anaknya, Mohamad Fadzil Ashari, berusia tiga tahun dan kakaknya, Nur Fadilah Ashari, berusia empat tahun (gambar), hilang sejak 12 hari lalu dipercayai dilarikan ibu saudaranya, Khairulnisa Mutalib, 18, dan hingga kini masih belum ditemui.
Beliau berkata, sebagai bapa, hatinya tersentuh setiap kali pulang ke rumah kerana terkenang hilai tawa anak yang sangat manja dengannya.

“Rumah saya sekarang sunyi sejak kehilangan mereka. Dalam keluarga ini yang paling manja, Mohamad Fadzil manakala kakaknya yang sudah petah berkata-kata menjadi penyeri kehidupan, namun segalanya kini bagai direntap sejak mereka dilarikan Khairulnisa.
“Walaupun perbuatannya mengguris hati kami, namun tiada niat untuk menghukumnya sebaliknya kami hanya mahu dia memulangkan semula anak kami,” katanya.
Ashari berkata, jika Khairulnisa takut untuk berjumpa dengannya, dia boleh menyerahkan mereka kepada sesiapa saja dengan memberi alamat kepada pihak berkenaan untuk menghubunginya.


“Saya sendiri akan mengambilnya jika dia tidak mahu berjumpa atau takut dimarahi. Ketika ini dalam fikiran saya hanyalah satu iaitu ingin melihat anak-anak di depan mata sendiri.
“Saya juga meminta orang ramai supaya dapat menghubungi balai polis berdekatan dengan segera jika mengetahui di mana anak-anak saya berada.

“Mereka juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian nombor 03-61385222/2899 atau saya sendiri di talian nombor 016-3155002, pada bila-bila masa,” katanya.

No comments:

Post a Comment