baca surah ini 41 kali selepas azan subuh kemudian berdoa sebelum solatnya selama 3 hari berturut2 mudah2an dimakbulkanNYA...

Friday, August 13, 2010

012-5376231

Buah pinggang bernanah

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
2010/08/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GUAR CEMPEDAK: Seorang pemandu lori yang menghidap penyakit buah pinggang sejak dua tahun lalu memohon bantuan orang ramai untuk meringankan beban yang ditanggung bagi menyara keluarganya.

Abdul Hamid Md Desa, 43, dari Kampung Pasir, di sini, berkata, dia terpaksa berhenti kerja selepas penyakitnya bertambah teruk dan kakinya membengkak apabila terlalu banyak berjalan sehingga menyebabkan dia kini terpaksa berehat di rumah.


Katanya, penyakitnya kini semakin kronik apabila doktor mengesahkan kedua-dua buah pinggangnya rosak dan bernanah dan terpaksa menebuknya untuk mengeluarkan nanah.


Katanya, disebabkan itu, dia kini hilang mata pencarian untuk menyara isterinya Zarina Abdullah, 40, yang tidak bekerja serta membesarkan tiga anak mereka berusia tujuh bulan hingga 13 tahun.


“Dua anak lelaki saya, Mohd Faiz, 13, dan Mohd Syawal, 9, masing-masing masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan untuk persekolahan mereka sedangkan saya tidak bekerja.


“Anak bongsu kami, Nur Natasya pula masih kecil dan memerlukan lampin pakai buang serta susu, tetapi sekarang saya sudah tiada wang lagi dan mengharapkan belas ihsan jiran.


“Duit sewa rumah juga masih belum dijelaskan sejak Disember lalu, tetapi kami bernasib baik kerana tuan rumah masih membenarkan kami tinggal di sini kerana simpati dengan nasib kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, kel marin.


Abdul Hamid berkata, dia dikesan menghidap penyakit itu sejak 2008 apabila mengalami kesukaran untuk membuang air kecil dan kerap sakit.


Katanya, disebabkan kerjanya sebagai pemandu lori, dia sering menahan kencing sehingga lima hingga enam jam menyebabkan wujudnya batu karang di buah pinggangnya.


“Ketika menjalani pemeriksaan mingguan di hospital, doktor memberitahu batu karang memenuhi kedua-dua buah pinggang dan saya perlu menjalani pembedahan untuk membuangnya.


“Saya berhenti kerja pada 11 Disember 2009 apabila penyakit bertambah kronik dan kaki kerap bengkak apabila saya banyak berjalan.

“Namun, pihak hospital masih belum memberitahu berapa kos yang perlu dibayar dan saya juga bimbang mengenai nasib anak dan isteri jika apa-apa berlaku pada saya nanti,” katanya.


Sehingga ini, katanya, semua urusan makan dan minumnya dihantar jiran termasuk kos membeli susu dibiayai sanak saudaranya sehinggakan dia malu untuk menerimanya.


Katanya, dia akan menjalani rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang sebelum doktor memberi tarikh untuk menjalani pembedahan.


Mereka yang bersimpati dan mahu membantunya, boleh menghubungi Abdul Hamid di talian 012-5376231.

Friday, August 6, 2010

013-2732702

Dilarikan teman lelaki
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my
2010/08/06
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, di sini hilang selepas keluar membeli gam di sebuah kedai berdekatan rumahnya di Rumah Kakitangan Kerajaan Negeri Seksyen 16, Ahad lalu.
Robeaton Thaqifah Sahar yang membawa wang RM1 keluar dari rumah kira-kira jam 9.15 malam hanya memakai baju tidur dan bertudung hitam, tetapi tidak pulang sehingga jam 12 tengah malam sebelum ibu bapanya membuat laporan polis.


Anak kedua daripada empat beradik itu disyaki dilarikan seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun yang tinggal di Padang Jawa, bersebelahan Seksyen 16.


Remaja itu yang baru tamat belajar dan bersekolah di sekolah sama dengan mangsa apabila dihubungi memberi pelbagai alasan ketika ditanya mengenai mangsa termasuk sedang bekerja di sebuah rancangan Felda di Pahang, tetapi tidak tahu alamat tempatnya bekerja.


Ibu mangsa, Rozi Ashikin Omar, 43, yang juga kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, anaknya seorang yang lincah dan aktif tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini.


Katanya, dia dan suaminya, Sahar Mohd Wali, 52, membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 pada jam 12.42 tengah malam hari sama.


“Kami sudah puas mencarinya di sekitar Seksyen 16 termasuk ke sekolahnya Isnin lalu, namun tidak membuahkan hasil.


“Melalui perbualan dengan guru, kami difahamkan Robeaton mempunyai teman lelaki dikenali setahun lalu dan sumber polis memberitahu sehingga kini remaja itu tidak lagi menetap di Padang Jawa,” katanya.


Menurutnya, pada siang hari sebelum kehilangan Robeaton, mereka sekeluarga keluar membeli-belah termasuk pakaian baru untuk persediaan hari raya.


Sesiapa mempunyai maklumat mengenai Robeaton diminta menghubungi talian 013-2732702 atau terus ke Balai Polis Seksyen 15.